Peace Corps
Peace Corps

Peace Corps

Peace Corps ("Kor Keamanan") ialah suatu rancangan kesukarelawanan diuruskan pemerintah persekutuan Amerika Syarikat. Misi utama ia dinyatakan sebagai membantu pembangunan sosioekonomi melalui bantuan teknikal samil memupuk rasa faham antara orang Amerika Syarikat yang terlibat dengan penduduk setempat yang dijaga mereka. Kor ini dianggotai relawan dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat berkelulusan ijazah di mana mereka dilatih selama tiga bulan sebelum dihantarkan ke negara ditugas selama tempoh dua tahun. Para relawan ini bekerjasama dengan pemerintah, sekolah, pertubuhan bukan untung, pertubuhan bukan pemerintah serta usahawan yang mengkhusus dalam bidang-bidang pendidikan, perdagangan, teknologi maklumat, pertanian dan alam sekitar. Para peserta boleh meminta tempoh berkhidmat dipanjangkan selepas 24 bulan.[2]Program ini ditubuhkan hasil Arahan Eksekutif 10924 dilaksanakan Presiden John F. Kennedy pada 1 Mac 1961 serta disahkan Kongres Amerika Syarikat pada 21 September 1961 melalui pelulusan suatu "Akta Kor Keamanan" (Peace Corps Act, Pub.L. 87–293). Akta ini menyatakan tujuan program ini:To promote world peace and friendship through a Peace Corps, which shall make available to interested countries and areas men and women of the United States qualified for service abroad and willing to serve, under conditions of hardship if necessary, to help the peoples of such countries and areas in meeting their needs for trained manpower.
[...mengalakkan keamanan dan persahabatan sejagat melalui suatu Kor Keamaman yang akan disediakan kepada mana-mana negara dan bidang yang berminat serta lelaki dan wanita warga Amerika Syarikat berkelayakan dan sanggup berkhidmat, dalam keadaan yang susah jika perlu, demi membantu negara-negara sedemikian memenuhi keperluan tenaga buruh terlatih mereka.]Lebih 235,000 orang warga Amerika Syarikat telah menyertai pertubuhan ini serta berkhidmat di 141 buah negara.[3]

Rujukan

WikiPedia: Peace Corps http://www.elsalvador.com/articulo/sucesos/cuerpos... http://time.com/3736876/peace-corps-jordan/ http://files.peacecorps.gov/documents/open-governm... http://files.peacecorps.gov/multimedia/pdf/about/p... http://www.peacecorps.gov http://www.peacecorps.gov/multimedia/pdf/manual//2... http://www.peacecorpswiki.org/Category:Country http://www.peacecorpswiki.org/Countries https://www.bbc.com/news/world-latin-america-16300... https://www.washingtonpost.com/local/obituaries/sa...